Rangka pelan pastikan bekalan makanan cukup: Vivian

9 Jun 2023 • 4:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong (gambar), menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan agar membuat perancangan jangka panjang dan merangka pelan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi di negara kita, supaya masalah kekurangan bekalan makanan tidak berlaku lagi seperti beberapa bulan kebelakangan ini.

Vivian juga bertanya kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkenaan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan menerusi kementerian itu untuk menambahbaik kedudukan Indeks Keterjaminan Makanan Global Malaysia (GFSI) dan untuk memastikan bekalan bahan makanan penting seperti telur, gula dan beras mencukupi.

Menerusi jawapan Menteri, beliau menyatakan bahawa negara kita kini berada di kedudukan ke-41 dalam indeks keterjaminan makanan global, iaitu dalam kelas pertengahan, kelapan di Asia-Pasifik dan kedua di Asia Tenggara.

Tambahnya, bagi meningkatkan GFSI negara kita, kerajaan juga akan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Dasar Keselamatan Makanan Negara yang diketuai oleh Perdana Menteri untuk menjalankan kerjasama rentas jabatan untuk membincangkan hala tuju masa depan jaminan bekalan makanan negara dan menyelesaikan isu keterjaminan makanan yang kita hadapi.

SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more “Pada masa ini, dari sudut nasional, bekalan beras dan telur adalah mencukupi, dan mungkin terdapat kekurangan di tempat terjejas, tetapi kerajaan akan menyelaras dan memperuntukkan dari tempat yang mencukupi kepada tempat yang mengalami kekurangan itu,” tambah menteri.

Menteri turut mendedahkan bahawa harga beras putih yang naik di pasaran adalah beras import. Manakala beras putih yang dibekalkan oleh negara ketika ini masih kekal pada harga asal.

Sementara bekalan telur pula telah terjejas akibat pandemik yang menjejaskan rantaian bekalan itu.

Tambah Menteri lagi, pada masa ini, kapasiti hasil telur juga telah beransur pulih dan stabil.

Di samping itu, kementerian itu juga akan meneruskan garis panduan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025 bagi membolehkan lebih ramai belia menceburi diri dalam industri penanaman, sambil menggabungkan lebih banyak teknologi tinggi, mengubah bidang berkenaan ke tahap lebih moden dan baik.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.