Rangka warga emas ditemui dipercayai meninggal dunia 4 tahun lalu

LocalPolitics
10 Sep 2024 • 5:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar tular penemuan rangka di sebuah pangsapuri di sini, pada Khamis lalu.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan penemuan rangka seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Kepong di sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak mangsa selepas dia pergi ke kediaman itu untuk berjumpa dengan ayahnya.

"Apabila sampai di rumah, pintu dalam keadaan berkunci dan selepas pengadu memecahkan pintu rumah tersebut, dia melihat ayahnya telah meninggal dunia dalam keadaan hanya tinggal rangka," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad Sukarno berkata, semakan lanjut mendapati lelaki warga emas berusia 74 tahun itu tinggal berseorangan selepas bercerai dengan isterinya.

"Kali terakhir pengadu menghubungi ayahnya empat tahun lalu dan tidak dapat dipastikan berapa lama lelaki itu meninggal dunia.

"Rangka tersebut telah diserahkan kepada keluarganya," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved