Rangkaian 5G Di Malaysia Kini Meliputi 25% Kawasan Berpenduduk

TechnologyDigital
2 Jul 2022 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
5G Tersedia

Digital Nasional Berhad sedia menyasarkan untuk meliputi rangkaian 5G pada 40% kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang penghujung 2022 kelak.

Berkongsi mengenai progresnya, Digital Nasional Berhad kini mengatakan rangkaian mereka sedia meliputi 25% kawasan berpenduduk di Malaysia, dan dalam sasaran untuk mencapai 40% menjelang penghujung 2022 kelak.

image is not available

Jikalau mengikut sasaran agresif kerajaan untuk DNB, rangkaian 5G perlu meliputi 80% kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang penghujung 2024 kelak.

Buat masa ini, rangkaian 5G masih ditawarkan terhad di Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Untuk mencubanya juga, pengguna perlu menggunakan rangkaian Yes sahaja, sementara yang lain selesai memeterai perjanjian dengan pihak DNB.