Rangkaian 5G Kedua Malaysia Mungkin Ditangguhkan

TechnologyDigital
13 Mar 2024 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata pelancaran rangkaian 5G kedua negara mungkinditangguhkan walaupun Digital Nasional Berhad (DNB) sudah mencapai liputan 80 peratus seperti perancangan sebelum ini. Fahmi berkata penangguhan itu juga adalah untuk lembaga DNB dibentuk terlebih dahulu.

image is not available

Lima pengendali rangkaian mudah alih utama CelcomDigi Berhad , Maxis Berhad, Telekom Malaysia Berhad, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Power International Berhad telah menandatangani pegangan ekuiti DNB pada awal Disember tahun lalu. Liputan 80% DNB telahpun dicapai Januari lalu dengan ramai menyangka rangkaian 5G kedua sudahpun diumumkan pada ketika ini.

Pembentukan rangkaian 5G kedua ini berhadapan beberapa isu antaranya ialah penggunaan kelengkapan Huawei dan ZTE. Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) masing-masing mengeluarkan amaran kepada negara untuk tidak menggunakan kelengkapan dua syarikat China ini atas faktor keselamatan. Pada ketika itu Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengatakan kerajaan tidak akan menghalang penggunaan kelengkapan telekomunikasi China untuk rangkaian 5G kedua negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved