Rangkaian 5G Malaysia Dijangka Melangkaui 40% Kawasan Berpenduduk Menjelang Akhir 2022 Ini

TechnologyDigital
11 Dec 2022 • 11:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Digital Nasional Berhad hari ini berkongsi perkembangan terbaru, mengatakan kadar liputan rangkaian 5G di Malaysia akan melangkaui angka meliputi 40% kawasan berpenduduk menjelang akhir 2022 ini.

Malah, pencapaian ini sekaligus mengekalkan landasan DNB untuk mencapai liputan 80% kawasan berpenduduk menjelang 2024 kelak.

image is not available

DNB mengatakan mereka akan kekal mencapai 40% dengan penggunaan sekitar 3500 tapak berbanding 4018 tapak yang dirancang awal. Pengurangan tapak ini dikatakan disebabkan oleh masalah rantaian bekalan pada awal tahun, disamping kelewatan mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan terutamanya di Selangor dan Sarawak.

Disebabkan oleh kelewatan tersebut juga, perancangan telah diubah dan pengenalan rangkaian 5G turut telah dilaksanakan di beberapa negeri lain secara berperingkat.

Pada hari ini, selain di Lembah Klang, rangkaian 5G juga turut telah ditawarkan di beberapa negeri lain, termasuk Sabah, Sarawak dan Kelantan.