Rangkaian Bengkel Terbesar China, TUHU Kini Bertapak Di Malaysia

LocalCars
18 Nov 2025 • 11:13 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rangkaian Bengkel Terbesar China, TUHU Kini Bertapak Di Malaysia

Rangkaian bengkel kereta terbesar dari China, TUHU Car Care Workshop telah dibuka di Malaysia sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi carian di laman web mereka, dua cawangan telah dibuka di negara ini iaitu di Rimbayu dan bandar Sunway.

Diasaskan sejak 2011, TUHU menjadi salah satu bengkel terkemuka di China dan pernah disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.

Sehingga tahun 2023, bengkel itu mempunyai lebih 5,000 cawangan dengan pengguna  berdaftar melebihi 100 juta.

BACA JUGA: Tak Perlu Hantar Bengkel, Ini Trik Tayar Pancit Di Tepi Jalan

Bukan sahaja boleh membaiki kereta, bengkel itu juga turut menawarkan perkhidmatan mencuci kereta buat orang ramai.

Menerusi perkongsian di Facebook mereka, orang ramai juga boleh menempah perkhidmatan secara dalam talian menerusi aplikasi yang telah disediakan.

Syarikat terbabit juga telah memenangi pelbagai anugerah di China termasuk Anugerah Inovasi Perniagaan Shanghai dan Unit Model Persatuan Perdagangan Penyelenggaraan dan Pembaikan Automotif China.

Kehadiran rangkaian bengkel itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai respon dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sumber: TUHU Car Care Workshop

The post Rangkaian Bengkel Terbesar China, TUHU Kini Bertapak Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved