Rangkaian pengecas pantas kenderaan elektrik diperluas, TNB bina banyak pencawang - Parlimen diberitahu

LocalCars
8 Jul 2026 • 12:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rangkaian pengecas pantas kenderaan elektrik diperluas, TNB bina banyak pencawang - Parlimen diberitahu Image from: Rangkaian pengecas pantas kenderaan elektrik diperluas, TNB bina banyak pencawang - Parlimen diberitahu amree08/07/2026 - 12:50 Foto kredit AFP Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 Julai – Kerajaan terus mempergiat usaha memperluaskan rangkaian pengecas pantas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara menerusi kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

 

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin berkata, lebih banyak pencawang elektrik baharu akan dibina, selain menambah baik dasar dan insentif pembangunan ekosistem EV.

 

Tambah beliau, penambahan pencawang menjadi komponen kritikal bagi menyokong bekalan tenaga kepada pengecas pantas arus terus (DC) selaras trend penggunaan EV ketika ini yang semakin meningkat.

 

"Kerajaan bekerjasama rapat dengan TNB bagi memastikan kapasiti grid elektrik memenuhi keperluan rangkaian pengecas pantas yang terus berkembang," ujarnya pada sesi jawapan lisan di Dewan Rakyat.

 

Tze Tzin menjawab soalan Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang mencadangkan agar pengeluar EV berperanan memajukan stesen pengecas bagi menyokong penggunaan secara luas.

 

Kerajaan turut disaran bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya kemudahan pengecas EV diwajibkan dalam projek perumahan baharu.

 

kenderaan elektrik_DagangNews2026

 

EV jelas Tze Tzin, merupakan teknologi baharu namun seiring pembangunan industri automotif semasa, kerajaan sentiasa menambah baik dasar serta insentif selain meningkatkan jumlah stesen pengecas.

 

Menurutnya, pencawang memainkan peranan penting dalam keseluruhan ekosistem EV kerana stesen pengecas pantas memerlukan bekalan tenaga yang mencukupi untuk beroperasi secara lebih berkesan.

 

"Kerajaan juga sedang merangka insentif khusus kepada pengendali stesen pengecas bagi menggalakkan banyak pelaburan dalam pembangunan infrastruktur pengecasan di seluruh negara," tambah Tze Tzin.

 

Mengulas dasar import EV, Tze Tzin berkata kerajaan menggunakan pendekatan kawal selia berbeza antara EV dan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kerana tahap pembangunan yang berlainan.

 

Ini termasuk dasar yang menyokong penggunaan pengguna, pemasangan tempatan, rantaian bekalan serta pembangunan ekosistem industri, dengan duti eksais lebih rendah iaitu 10% berbanding model ICE.

 

Justeru, kerajaan memperkenalkan nilai minimum bagi model import EV siap dipasang (CBU) untuk mengelakkan pengisytiharan rendah daripada sebenar serta melindungi hasil cukai negara. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved