Rangkaian TOP Colour Signature mudahkan kerja ibu-ibu, tak perlu asingkan baju berwarna dan putih lagi

Beauty
30 Nov 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

JIKA sebelum ini kita terpaksa mengasingkan pakaian berwarna-warni, putih, baju baharu atau lama, dengan rangkaian TOP Colour Signature anda tidak perlu berbuat demikian lagi, kata Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo.

Dirumuskan dengan teknologi 5D Colour ProTech, inovasi baharu itu memberi lima manfaat warna pada pakaian iaitu:

i) Memastikan pakaian berwarna gelap kekal gelap.

ii) Pakaian berwarna terang kekal berseri melalui penyingkiran klorin dalam air cucian.

iii) Menjadikan warna pakaian asal menyerlah dengan menanggalkan kotoran degil serta mencegah pakaian menjadi berbulu.

iv) Mengekalkan kelicinan pada permukaan fabrik.

v) Mencegah fabrik menjadi cepat lusuh, agar pakaian kekal baharu lebih lama.

image is not available

Pada masa sama, TOP Colour Signature berkesan menyingkirkan 99.9 peratus virus berbahaya termasuk virus Covid-19, influenza A dan coxsackie serta bakteria.

“Formulasi pelbagai teknologi yang dirumus khas ini juga merangkumi fungsi antibau hapak, antidebu hama dan antisebum. Teknologi Bolder Scent TOP dengan wangian unik terbukti mampu mencegah bau yang tidak menyenangkan,” kata Carmen.

Seiring dengan peningkatan kesedaran umum terhadap kepentingan penjagaan alam, TOP memperkenalkan pek eko isian semula bagi detergen cecair premiumnya termasuk TOP Colour Protect seberat 3.2 kilogram (kg), TOP Stain Buster (3.4kg) dan TOP Silky Miracle (3.2kg).

image is not available

Pek isian semula eko itu menampilkan rekaan yang canggih dan nipis membolehkan ia mudah dibawa dan disimpan walaupun dalam ruang yang terhad.

Ia didatangkan dengan muncung penutup skru bagi penggunaan yang mudah dan mengelakkan tumpah.

Paling utama, pek isian semula berkenaan mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 80 peratus berbanding botol-botol detergen klasik.

image is not available

Ia juga boleh dikitar semula dan mengurangkan jejak karbon jenama TOP serta pengguna. Cubalah pek eko TOP mesra alam yang turut menawarkan lebih nilai pada pembelian berbanding pembungkusan biasa.

Dalam pada itu, dalam usaha untuk memperkenalkan rangkaian baharu Colour Signature, TOP melaksanakan jerayawara (roadshow) di seluruh negara dengan kerjasama Kloth Cares dan Pusat Seni dan Rekaan (INTI Centre of Art and Design, ICAD) Rekaan Fesyen, Kolej Antarabangsa INTI Subang, Selangor).

image is not available

Kempen TOP Hari-Hari Warna-Warni itu antara lain menggalakkan rakyat Malaysia mengetahui cara untuk memanjangkan hayat dan menyerlahkan warna fabrik mereka termasuk kaedah penjagaan, mengumpul, mengitar dan menggunakan semula bagi memelihara alam sekitar.

Pembelian TOP Colour Signature boleh dibuat menerusi platform Shopee dan Lazada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi