Rani Chatterjee Dedah Sajid Khan Melakukan Gangguan Seksual Kepadanya

Entertainment
18 Oct 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rani (kiri) berkata dia berasa takut pada pertemuan bersama Sajid. - Gambar Agensi

Selepas Sherlyn Chopra dan Kanishka Soni, kini pelakon Rani Chatterjee pula mendakwa  bahawa dia telah  menerima gangguan secara seksual oleh pengarah filem, Sajid Khan yang juga adik kepada pengarah dan koreografer, Farah Khan (Kuch Kuch Hota Hai).

Dalam temubualnya dengan Aaj Tak, pelakon yang popular dengan filem Bhojpuri mendedahkan bahawa Sajid melakukan gangguan seksual kepadanya sewaktu menghadiri pertemuan Himmatwala.  

Menurut Rani, Sajid memberitahunya bahawa dia akan berhubung secara langsung dengannya tentang pertemuan tersebut.  

Menerusi perbualan telefon, pengarah filem itu telah memintanya datang ke rumah dan menasihatinya untuk tidak membawa pengurus atau pegawai perhubungan awam bersama-sama.

Sewaktu menghadiri pertemuan tersebut, Rani mengakui bahawa dia berasa takut pada masa itu.

Lebih menakutkan apabila Sajid kemudian mula bertanyakan soalan yang tidak senonoh seperti saiz payudaranya.

Sajid juga meminta Rani supaya tidak perlu takut dengannya, pelakon itu kemudian disoal sama ada dia mempunyai teman lelaki dan kekerapan hubungan seks mereka.

Rani kemudian membalas, apa perkara merepek yang cuba Sajid bicarakan kepadanya. Dia kemudian meninggalkan rumah pengarah filem itu dan mendakwa Sajid cuba menyentuh di tempat yang tidak sepatutnya.  

Beliau berkata, apabila beberapa wanita menuduh Sajid melakukan salah laku seksual, dia juga tergoda untuk berbuat demikian.

Jelas Rani lagi, apabila beberapa wanita membuat dakwaan terhadap salah laku seksual Sajid, ia juga turut mendorongnya untuk berbuat demikian.

Sajid kini dilihat muncul dalam program realiti, Big Boss dan Rani berpendapat dia harus melakukan sesuatu untuk mendedahkan perbuatan dan tingkah pengarah filem tersebut yang menjijikkan itu. - Getaran, 18 Oktober 2022

View Original Article