Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) Memaklumkan Gangguan Sementara Sistem Selangor Intelligent Parking (SIP)

30 Jun 2026 • 4:41 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) Memaklumkan Gangguan Sementara Sistem Selangor Intelligent Parking (SIP)
Imej oleh MBI Selangor

SHAH ALAM – Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB), sebuah syarikat milikan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor), ingin memaklumkan bahawa Sistem Selangor Intelligent Parking (SIP) sedang mengalami gangguan sementara yang menjejaskan beberapa fungsi perkhidmatan kepada pengguna. Gangguan ini bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna di Negeri Selangor, malah turut melibatkan beberapa lokasi di luar Negeri Selangor yang menggunakan platform sistem yang sama.

Sejurus gangguan dikenal pasti, tindakan segera telah diambil bagi melaksanakan proses pemulihan secara menyeluruh. Sebagai langkah berjaga-jaga serta bagi memastikan keselamatan sistem dan integriti data pengguna terus terpelihara, operasi platform SIP telah dihentikan buat sementara waktu sehingga proses pemulihan dan pengesahan teknikal selesai dilaksanakan. Sepanjang tempoh gangguan ini, tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna.

Keutamaan RMSB ketika ini adalah memastikan proses pemulihan dilaksanakan dengan selamat, teratur dan menyeluruh. Pemeriksaan teknikal yang komprehensif sedang dijalankan bagi memastikan sistem kembali beroperasi dalam keadaan stabil serta memenuhi tahap keselamatan, integriti data dan kebolehpercayaan yang ditetapkan sebelum perkhidmatan disambung semula.

RMSB memahami kesulitan yang dialami oleh para pengguna serta pihak berkuasa tempatan sepanjang tempoh gangguan ini. Segala usaha sedang dilaksanakan bagi memulihkan perkhidmatan secepat mungkin dengan mengutamakan kepentingan pengguna serta kelancaran operasi sistem.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat terkini hanya melalui saluran komunikasi rasmi RMSB dan SIP bagi mengelakkan kekeliruan atau penyebaran maklumat yang tidak tepat. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sebaik sahaja proses pengesahan teknikal selesai dilaksanakan.

Pengguna yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut berkaitan gangguan ini boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan SIP di 03-5650 0913 atau mengemukakan pertanyaan melalui e-mel di sip@rmsb.my.

RMSB merakamkan penghargaan atas kesabaran, kefahaman dan kerjasama semua pengguna sepanjang tempoh gangguan ini serta memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami. RMSB kekal komited untuk memastikan perkhidmatan SIP dipulihkan dengan selamat, stabil dan boleh dipercayai demi kepentingan semua pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved