Raphael Varane Umum Berpisah Dengan United

Football
15 May 2024 • 10:11 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Raphael Varane Umum Berpisah Dengan United

MANCHESTER — Pemain pertahanan tengah Manchester United, Raphael Varane mengumumkan akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini selepas kontrak tiga tahunnya berakhir, lapor AFP.

“Kepada kamu semua, penyokong Manchester United, terima kasih untuk beberapa tahun yang penuh bermakna untuk bermain dan menyarung jersi kelab istimewa ini.

“Kali pertama saya menjejakkan kaki di Old Trafford sebagai pemain Manchester United, adalah momen yang tidak dapat dilupakan dengan suasananya yang menakjubkan.

“Saya jatub cinta dengan kelab, peminat. Anda perlu bermain untuk kelab ini untuk menjiwai apa yang diwakili,” katanya dalam sosial media.

Walau bagaimanapun, perjalanannya di Old Trafford terjejas akibat dihantui kecederaan sehingga dia terlepas banyak perlawanan.

image is not available
Gambar: Oli SCARFF / AFP

Tambahnya, meskipun ketika ini kelab itu sedang berada pada musim yang teruk, namun dia percaya bahawa masa depan kelab itu sangat positif bersama pemilik baharu United, Jim Ratcliffe.

“Walaupun pada hakikatnya kami mengalami musim yang sukar, saya sangat positif untuk masa depan kelab.

“Pemilik baharu datang dengan rancangan yang jelas dan strategi yang hebat,” katanya lagi.

Sementara itu, United dalam satu kenyataan turut mengesahkan pemergian pemain terbabit dan menyifatkan Varane seorang pemain yang berkelas termasuk membawa pengalaman hebat kepada kelab.

“Tidak diragui, Varane menunjukkan kualiti sejak kali pertama menyertai kelab,” maklum The Red Devils dalam kenyataan tersebut.

image is not available
Gambar: AFP

Raphael Varane merupakan salah seorang pemain pertahanan terbaik, dengan memenangi empat Liga Juara-Juara dan tiga gelaran La Liga sepanjang tempoh 10 tahun di Madrid

Bekas pertahanan Perancis itu berpindah ke Old Trafford dari Real Madrid pada 2021 dengan nilai perpindahan kira-kira £34 juta.

Sepanjang 93 penampilan bersama The Red Devils, pemain berusia 31 tahun itu telah menjaringkan dua gol.

Varane menjadi sebahagian tonggak utama pasukan dalam memenangi Carabao Cup selepas kelab itu kemarau trofi selama enam musim.

Musim ini, United gagal mempamerkan prestasi baik selepas mengharungi musim liga di tempat kelapan dengan 14 kekalahan dan berkemungkinan tidak layak ke Eropah.

Sumber: AFP via France24

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved