RapidKL Sedia 2 Laluan Bas Baharu ‘Percuma’, Singkatkan Masa Menunggu Penumpang

17 Jun 2022 • 5:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Syarikat perkhidmatan pengangkutan awam, RapidKL memperkenalkan dua laluan baharu bas ekspresnya bagi membolehkan penumpang menikmati perjalanan lebih selesa dengan masa menunggu singkat ketika waktu puncak.

RapidKL menerusi kenyataan memaklumkan, perkhidmatan itu yang diperkenalkan bermula hari ini juga disediakan untuk menampung keperluan penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya.

Menurutnya, operasi laluan bas itu adalah dari Isnin hingga Jumaat bermula 4.30 hingga 7.30 malam dan ia ditawarkan secara percuma.

“Perkhidmatan bas ini menghubungkan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni (Pintu B) dan Stesen LRT Universiti.

“Ia juga menghubungkan Stesen LRT KLCC (Hentian bas KLCC) dan Stesen LRT Wangsa Maju,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama memaklumkan, perkhidmatan bas pengantara itu akan mengambil penumpang di stesen LRT atau MRT ditetapkan dan tidak berhenti di stesen lain.

Jelasnya, kekerapan bas itu adalah bagi setiap 15 minit bermula dari jam 4.30 petang hingga 7.30 petang. - Getaran, 17 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved