Rapper Budak Flat, Aman RA Dirikan Rumahtangga Buat Kali Kedua

11 Oct 2022 • 1:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aman telah memuatkan sekeping gambar untuk memaklumkan kepada peminat tentang khabar bahagia tersebut. - Gambar dari Instagram Aman Ra

Rapper Aman RA yang sebelum ini pernah mencetuskan fenomena menerusi lagu Budak Flat telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan Hani Amira, hari ini.

Aman RA atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 35, telah memuatkan sekeping gambar untuk memaklumkan kepada peminat tentang khabar bahagia tersebut.

“Assalamualaikum. Dengan rendah hati, ingin saya berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami. Doakan yang terbaik, dan terima kasih atas segala sokongan,” katanya dengan ringkas.

Aman Ra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Natiqah Rahmat, namun mereka berpisah dan bercerai pada 29 Mac 2020.

Hasil perkahwinan Aman Ra dengan Natiqah, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa, 4 dan Tuah Khalifa yang kini berusia 3 tahun. - Getaran, 11 Oktober 2022.