Rasa Berada Di Singapura, Lelaki Ini Kagum Dengan Kebersihan Bandar Kuching

18 Sep 2022 • 6:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bukan di Singapura tetapi sebenarnya di Kuching

Rasa Berada Di Singapura, Lelaki Ini Kagum Dengan Kebersihan Bandar Kuching. Sebut sahaja nama Singapura, pasti kita akan terbayang mengenai penduduk Singapura yang sangat berdisiplin dalam hal kebersihan.

Mana tidaknya, pelanggan di pusat makanan dan kedai kopi yang tidak membersihkan meja mereka akan didenda sebanyak SG$300 (kira-kira RM928).

https://vt.tiktok.com/ZSRu39b1K/
Rasa Berada Di Singapura, Lelaki Ini Kagum Dengan Kebersihan Bandar Kuching. Kredit: Tiktok Zaim Iskandar

Jadi, tidak hairanlah Singapura sinonim sebagai sebuah negera yang bersih selain maju dari segi teknologi.

Terbaharu, tular di Tiktok apabila seorang pengguna Tiktok dengan nama Zaim Iskandar memuat naik satu video beliau sedang berjoging di sekitar bandar raya Kuching.

Bersih sangat sampai terkejut

Difahamkan, beliau berjoging bersama seorang lagi rakannya di sekitar Jalan Carpenter, Kuching.

Sepanjang aktiviti riadah itu dilakukan, beliau terkejut dan kagum dengan tahap kebersihan bandar Kuching sehinggakan berkali-kali memuji ‘bersih giler’ dalam video beliau.

image is not available
Kredit: Tiktok Zaim Iskandar

Lebih menarik lagi, beliau turut menyamakan kebersihan bandar Kuching sama seperti di Singapura menerusi kapsyen video tersebut yang berbunyi ‘Sarawak ni memang bersih, macam Singapore pun ada’.

Dalam masa yang sama, beliau sempat memuji pihak Majlis Bandar Raya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandar Raya Kuching Utara (DBKU) selaku organisasi yang bertanggungjawab dalam aktiviti pembersihan di sekitar Kuching.

Undang pelbagai reaksi daripada netizen

Setelah meninjau ke ruangan komen, dilihat pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen menerusi video tersebut.

Majoritinya, netizen memberi respons positif menerusi video yang dimuat naik itu.

Antaranya, rata-rata yang pernah berkunjung ke Sarawak turut berkongsi pengalaman berada di bumi kenyalang ini.

image is not available
Kredit: Tiktok Zaim Iskandar

image is not available

image is not available
Kredit: Tiktok Zaim Iskandar

Ada juga segelintir netizen bersetuju dengan pendapat lelaki itu.

Untuk rekod, Bandar raya Kuching pernah dinobatkan sebagai antara 10 bandar raya terbersih oleh Asean Tourist Standard Cleanest Town untuk tempoh 2022 hingga 2024.

image is not available
Kredit: Tiktok Zaim Iskandar

image is not available
Kredit: Tiktok Zaim Iskandar

image is not available
Kredit: Tiktok Zaim Iskandar

Jadi, wajarlah pengguna Tiktok ini berulang kali memuji bandar raya Kuching antara bandar yang terbersih beliau pernah kunjungi kerana Kuching pernah dianugerahkan bandar terbersih dengan kedudukan teratas dalam senarai Asean Tourist Standard Cleanest Town.

Tahukah anda Kuching dan Sibu antara daerah di Sarawak yang berjaya merangkul anugerah 10 bandar terbersih di Malaysia?