“Rasa Bertanggungjawab Atas Prestasi Parti,” Ketua Pejuang Muda Umum Letak Jawatan

Politics
11 Dec 2022 • 2:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Rasa Bertanggungjawab Atas Prestasi Parti,” Ketua Pejuang Muda Umum Letak Jawatan

Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Muda, Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin mengumumkan bahawa dirinya telah meletak jawatan berkuatkuasa pada hari ini (11 Disember 2022).

Menerusi kenyataan media yang dikongsikan di Facebook miliknya, beliau berkata keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira berbagai pertimbangan.

Ia termasuk rasa tanggungjawab terhadap prestasi parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 baru-baru ini.

“Semoga kepimpinan baru sayap pemuda Pejuang mampu mengemudi Pejuang Muda dengan dengan lebih baik dan cemerlang,” katanya.

Beliau juga terut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan buat Tun Dr Mahathir Mohamad, kepimpinan utama parti pejuang dan teman-teman kepimpinan Pejuang Muda Malaysia atas kepercayaan bagi menggalas amanah sebagai Ketua Pejuang Muda Malaysia.

“Pengalaman yang digarap selama ini akan dijadikan ilmu yang sangat berguna, InshaAllah,” katanya.