‘Rasa Macam Berpasir’, Wanita Terkejut Jumpa Ulat Dalam Kurma

25 Mar 2023 • 4:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bila diperiksa rupanya ada ‘makhluk asing’

‘Rasa Macam Berpasir‘, Wanita Terkejut Jumpa Ulat Dalam Kurma. Semasa bulan ramadan, buah kurma pasti menjadi hidangan utama di atas meja makan sebelum waktu berbuka puasa mahupun untuk bersahur. Ini kerana memakan beberapa biji buah kurma sebelum berbuka atau ketika bersahur merupakan sunnah Rasulullah.

Tetapi, pernah tak korang check isi buah kurma tu dulu sebelum ngap terus masuk ke mulut? Jap, penting ke check dulu sebelum makan?

image is not available
‘Rasa Macam Berpasir’, Wanita Terkejut Jumpa Ulat Dalam Kurma. Kredit: Facebook

Jadi, tular di media sosial hari ini apabila seorang wanita terkejut mendapati kurma dari sebuah jenama popular yang dibelinya mengandungi ulat.

Kembang tekak baca perkongsian ni

Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau berkata ulat itu dijumpainya ketika mengopek buah berkenaan untuk dimakan ketika berbuka puasa.

image is not available

Difahamkan, kurma tersebut di beli di sebuah pasar raya popular di Kuching.

Ini pula komen netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen dilihat beberapa individu tampil berkongsi pengalaman yang sama.

Tambahnya, sehingga kini beliau trauma untuk menikmati kurma kerana pernah berhadapan dengan situasi sama.

image is not available

Tambah netizen, kemungkinan kurma tersebut merupakan stok lama dan dijual semula kepada pelanggan sempena bulan puasa ini.

image is not available

Baca lagi artikel menarik: