Rasa Macam Dalam Flight, Lagi Sekali Tour Guide Kuching Ini Buat Netizen Kagum

29 Oct 2022 • 12:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sedap betul tone suara dia.. macam suara cabin crew dalam flight!

Rasa Macam Dalam Flight, Lagi Sekali Tour Guide Kuching Ini Buat Netizen Kagum. Sebelum ini pernah tular berkenaan dengan tour guide Kuching ini menjelaskan tentang sejarah nama Kuching diberi telah membuatkan netizen kagum.

Kali ini, tour guide yang digemari ramai ini lagi sekali telah buat netizen teruja apabila dirinya membuat announcement di dalam bas persiaran.

image is not available
Rasa Macam Dalam Flight, Lagi Sekali Tour Guide Kuching Ini Buat Netizen Kagum. Kredit gambar: Tiktok @fathroselan

Bekas cabin crew yang masih berbisaimage is not available

Dikenali sebagai Kak Lin, dia bekerja sebagai tour guide untuk membawa pelancong bersiar-siar di Kuching sambil menceritakan sejarah-sejarah di Sarawak. Apa yang membuatkan netizen teruja adalah suara Kak Lin ini persis suara pengumuman penerbangan.

Dalam perkongsian video dari Tiktok @fathroselan, Kak Lin sedang membuat pengumuman untuk tidak meninggalkan barang milik masing-masing di dalam bas persiaran. Suaranya memang sebijik macam cabin crew bagi announcement dalam flight!

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

@fathroselan

Replying to @friendworldwide yes! She still got it image is not availableimage is not available

♬ original sound – – image is not available

Menerusi ruangan komen dari anak buahnya, rupanya Kak Lin ini juga pernah bekerja sebagai cabin crew di Malaysia Airlines (MAS). Wahhh, beliau masih ada bakat untuk mengatur alunan suara semasa membuat pengumuman. Steadylah!

“Perghh..bukan biase2 ini suara” – netizen

Tidak hanya tular di Tiktok, video Kak Lin juga turut tular di laman Twitter. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai warganet telah meninggalkan komen positif dan teruja dengan suara beliau.

image is not available
Kredit gambar: Tiktok @fathroselan

image is not available
Kredit gambar: Tiktok @fathroselan

Wahh bakat Kak Lin ni masih berbisa yaaimage is not available Suara dia memang bestt!

Ketahui juga kisah bagaimana bandar Kuching ini diberi nama. Lihat pautan di bawah: