“Rasa Macam Kena Langgar” – Badan Lebam Lepas Bersalin, Doktor Dedah Bahaya Uri Melekat

31 Oct 2022 • 6:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Eka Sazeli yang memaparkan kesan lebam pada seluruh tangan kirinya selepas melahirkan anak.

Menerusi hantaran tersebut, Eka memaklumkan keadaan itu berpunca daripada uri yang melekat pada dinding rahimnya selepas bersalin.

Menurut Eka, dia masih berada di dalam wad untuk menerima rawatan dan menyifatkan kesakitan yang dirasakan seperti dilanggar.

Sakit sangat. Jangan la ada mommies yang lalui uri melekat ya allah.

@ekasazeli

Tq Htar. Now masih dalam ward. Tunggu masa nak balik. Sakit sgt. Jgn la ada mommies yang lalui uri melekat ya allah. Kasihani la semua ya Allah. ? #urimelekat #pptype4 #palacentaincreta #recoveryprocess #majoroperation #Htarklang #fyp #viraltiktok #masukberanda

? original sound – Jule

Sususlan itu, seorang pengguna Tiktok yang juga merupakan pegawai perubatan, Dr Hazwan Nazri telah mendedahkan bahaya keadaan uri melekat pada dinding rahim atau placental increta.

Dinding rahim wanita mempunyai tiga lapisan iaitu lapisan luar (endometrium), tengah atau otot (myometrium) dan paling luar (perimetrium). Selalunya uri bayi akan melekat pada kawasan endometrium.

Bagaiamanpun, keadaan placental increta ini menandakan uri telah melekat kuat dan berakar pada lapiasan rahim yang lebih dalam iaitu di bahagian otot myometrium dan lapisan luar perimetrium.

Bila uri bayi berakar dan mencengkam lebih dalam, sukar untuk pasukan perubatan mengeluarkan uri dan menyebabkan pendarahan yang teruk selepas bersalin.

Ia juga boleh menyebabkan kematian kerana si ibu kehilangan banyak darah. Jangan ambil mudah kes ini!

Menurut Dr Wan, punca placental increta ini berlaku bukan disebabkan genetik, sebaliknya lebih berkaitan kepada si ibu yang pernah melakukan pembedahan melibatkan rahim seperti menggugurkan kandungan di klinik melalui prosedur D&G (dilate and curretage) atau uri kandungannya berada di bawah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Tak Sayang Rahim Ke" - Wanita Pernah Simpan Niat Gugur Anak, Tak Tahan 'Nurse' Kutuk Hamil Jarak Dekat

View Original Article