“Rasa Macam Nak Bagi Penampar Kat Pelakon Melayu Mentega Terbang Cib** Ni” – Dato’ Awie

4 Mar 2023 • 7:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
dato' awie

Penyanyi rock legenda, Dato’ Awie meluahkan rasa berang dengan pelakon Melayu yang melakonkan babak kontroversi dalam filem Mentega Terbang.

Menerusi satu hantaran di Facebook, vokalis utama kumpulan Wings ini berkata mahu menampar pelakon yang sanggup membawa watak dalam filem yang mencetuskan kegusaran ramai itu.

image is not available

Perkongsian itu meraih perhatian ramai sehingga mendapat lebih 11,000 tanda suka dan 1,000 komen selepas satu jam dimuat naik.

Netizen turut meluahkan rasa kecewa dengan pelakon yang didakwa sanggup menggadaikan maruah agama dengan alasan berkarya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti secara keseluruhan kandungan filem ‘panas’ terbabit.

Katanya, hasil penelitian daripada pihak JAKIM mendapati bahawa filem ini terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Kredit: Facebook Awie Al Pamalo | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article