“Rasa Nak Bagitahu ‘The Truth’ Tapi..” – Julia Farhana Dedah Che Hafiz Suami Terbaik, Tetap Sabar Walaupun Difitnah

Entertainment
9 Jun 2023 • 11:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Julia Farhana menerusi satu hantaran Instagram Story ada meluahkan rasa kecewa di atas tuduhan fitnah yang dilemparkan terhadap suami, Dr Che Muhammad Hafiz.

Kata Julia, Hafiz merupakan seorang suami yang baik dan dia berasa terkilan apabila mengenangkan segala tuduhan yang diterima pasangannya itu.

Luluh hati isteri ni bila tengok suami kena fitnah macam-macam. Rasa nak bagitahu kebenaran tapi suami tenangkan hati, lapkan air mata minta saya jadi kuat.

Ujar aktres itu, perkahwinannya bersama Hafiz telah mengajarnya untuk menjadi lebih kuat dan tabah.

image is not available

Tambah Julia lagi, suaminya masih menyimpan baju-baju anak perempuan, Laana Haura di dalam almari.

Dia juga mengatakan bahawa mereka berdua menerima ujian perkahwinan itu dengan hati yang reda dan terbuka.

image is not available 8 jam lalu

Wajah Tenang, Hafidz Roshdi Berkopiah Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Pukul Isteri