“Rasa Nak Lempar TV” – Guna Lirik ‘Eleh He Eleh’, Ramai Anggap Lagu Penyanyi BBNU Makin Merapu

Music
17 Oct 2022 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok memaparkan seorang penyanyi muda bernama Fatimah Noryyah atau dikenali sebagai Timah menyanyikan lagunya di pentas kecil Gegar Vaganza, semalam.

Difahamkan, Timah adalah penyanyi jemputan program terbabit, semalam dan nyanyiannya menjadi perhatian kerana warganet terhibur apabila mendengar lirik lagu berkenaan.

Kerana mempunyai lirik yang sangat unik serta ‘pelik’, video itu raih perhatian daripada warganet dan rata-ratanya tidak sangka wujudnya lagu seperti itu.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang bertanya siapakah penyanyi lagu berkenaan kerana barangkali tidak mengenali Timah yang dahulunya pernah sertai program Ceria Megastar Ministar 2019.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakkan netizen meluahkan rasa kecewa kerana lagu pada zaman kini sama sekali tidak sama seperti zaman dulu, dimana lirik mereka lebih bermakna.

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, netizen juga meninggalkan komen terhibur apabila mendengar Timah menyanyikan lagu berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"J*lake Berhenti Jadi Perempuanlah!" - Gembira Berjaya Goreng Telur, Ramai 'Bitter' Dengan Leona?