“Rasa Nak Putus Asa..” – Byun Wooseok Mengaku Pernah Gagal Lebih 100 Uji Bakat Lakonan

Entertainment
17 Apr 2024 • 2:20 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Byun Woo-seok telah mendedahkan kesukaran yang dihadapi selepas memilih untuk menceburi bidang lakonan.

Pada 16 April, Byun Woo-seok telah menjadi tetamu dalam satu rancangan YouTube, “Hong Suk Chun’s Jewelry Box”. Di mana, pelakon “Lovely Runner” itu telah menceritakan pengalamannya sebelum menjadi terkenal dalam industri lakonan.

Pelakon itu berkata,

Masa saya jadi model dahulu, Hong Suk-chun sering nasihat saya untuk ceburi bidang lakonan. Selepas saya debut, saya rasa yang dunia saya berbeza dan saya tak faham dengan emosi saya sendiri.

Tambahnya,

Saya menghadapi penolakan dalam uji bakat lebih dari seratus kali. Boleh dikatakan saya gagal dalam setiap percubaan saya sampai saya terfikir adakah saya boleh bertahan selepas asyik gagal dan saya rasa nak berputus asa.

image is not available

Sambunganya lagi,

Tetapi, saya memilih untuk kuatkan diri dan bertahan serta meletakkan usaha yang terbaik dalam setiap peluang yang saya dapat sehingga kini.

Betul la orang kata bukan senang nak berjaya kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article