Pengunjung berpeluang mencuba aktiviti menampi padi dan merasai pengalaman menuai padi pada MAHA 2022. - Gambar oleh Alif Omar
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 telah diadakan sejak 4 Ogos lalu dan bakal berakhir pada Ahad ini.
Selepas empat tahun MAHA tidak dianjurkan berikutan pandemik COVID-19, ia kini kembali semula.
Meskipun berbaki beberapa hari lagi sebelum pameran berkenaan berakhir, MAHA terus mendapat sambutan menggalakkan.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung. Jurufoto Getaran, Abdul Razak Latif dan Alif Omar merakamkan suasana dan produk yang dipamerkan di MAHA 2022.
Pengunjung boleh merasai pengalaman menanam dan menuai padi. - Gambar oleh Alif Omar
Sawah padi buatan berjaya menarik perhatian pengunjung. - Gambar oleh Alif Omar
Pengunjung boleh merasai pengalaman menangkap ikan sempena MAHA yang berlangsung sehingga 14 Ogos ini. - Gambar oleh Alif Omar
Sebanyak 1,500 ruang pameran disediakan kepada pengunjung pada MAHA 2022. - Gambar oleh Abdul Latif Ahmad
Orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai tip mengenai penanaman pokok, penternakan dan banyak lagi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar pada MAHA 2022, yang bakal menutup tirai 14 Ogos ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif