Rasai Pengalaman Tidur Dalam Bas Mewah & Moden Di 'Pangkor Bus Resort'!

19 Jun 2023 • 3:44 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Jika ramai mengandaikan menginap di dalam sebuah bas sesuatu yang mustahil atau tidak selesa, pandangan itu perlu diperbetulkan.

Seorang usahawan muda, Syafiq Rozman antara yang menyangkal perkara itu.

Mana tidaknya, beliau telah mentransformasikan beberapa buah bas menjadi hotel bertaraf mewah di Jalan Pantai Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Perak.

image is not available

image is not available

Dikenali sebagai Pangkor Bus Resort, pandangan mata anda pasti terpesona melihat dekorasi yang dihias indah di dalam setiap bas.

Ujar Syafiq, idea penubuhan destinasi percutian itu tercetus selepas beliau tertarik dengan trend Bustel yang pernah terkenal satu ketika dahulu di Pantai Klebang, Melaka.

image is not available

image is not available

“Saya lihat konsep tidur dalam bas memang menarik. Jadi, kami bekerjasama dengan Koperasi Telekom Malaysia Berhad untuk membangunkan tanah seluas 1 hektar demi mencipta kelainan.

“Sebanyak 16 buah bas terpakai dibeli dari pusat hub bas lama di Rawang, Selangor. Pun demikian, nak bawa semua bas ke pulau bukan satu kerja mudah. Enjin terpaksa dikeluarkan terlebih dulu supaya bas lebih ringan sebelum dibawa menggunakan roro (tongkang) ke Pulau Pangkor,“ katanya.

image is not available

image is not available

Selepas itu, pemilik Besla Sdn Bhd yang berusia 34 tahun itu membelanjakan kos hingga RM80,000 untuk mengubah suai kenderaan terbabit.

Bukan sahaja dilengkapi dengan infrastruktur seperti katil, sofa dan meja makan -- malah terdapat televisyen, peti ais, penghawa dingin dan tab mandi.

image is not available

image is not available

Kemudahan dewan juga disediakan bagi membolehkan seminar atau mesyuarat diadakan.

Menariknya, premis tersebut terletak bersebelahan dengan pantai sahaja!

Setakat ini, terdapat 16 unit yang dibuka kepada pengunjung untuk menginap. Antaranya jenis Dorm Coach, Honeymoon Coach, Family Coach, Family Plus Coach dan Executive Coach.

image is not available

image is not available

Mengulas lanjut, Syafiq berkata, pantai berdekatan dengan resortnya juga lebih damai dan tidak sesak dengan orang ramai berbanding kawasan rekreasi lain.

“Jika pengunjung mahukan aktiviti pantai seperti bermain ski, bot laju, berkayak dan pelbagai lagi, kami boleh sediakan tanpa sebarang masalah.

“Mungkin selepas ini saya akan tambah kafe berkonsepkan kapal terpakai sebagai tarikan pengunjung yang datang untuk melihat persembahan api dan kumpulan buskers di tepi pantai,“ katanya yang bakal membuka zoo haiwan jinak tidak lama lagi.

image is not available

image is not availableSumber: Sinar Harian & Kredit Gambar: FB Pangkor Bus Resort by BESLA