Rasanya Daiyan Trisha marah sedikit saya guna AI – Ezra Kong

EntertainmentTechnology
10 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rasanya Daiyan Trisha marah sedikit saya guna AI – Ezra Kong

PETALING JAYA: Komposer, Ezra Kang, mendedahkan penyanyi, Daiyan Trisha, mempersoalkan tindakannya susulan menggunakan kecerdasan buatan atau ‘AI’ bagi menyemak kesilapan tatabahasa dalam lirik lagu mereka yang berjudul Jangan Lupa Juga Dirimu.

Ezra atau Ezra Kong Yi Jia, 38, berkata, dia sebelum ini merujuk guru Bahasa Melayu untuk menyemak tatabahasa, namun baru-baru ini dia mula mencuba untuk menggunakan AI.

“Ini kisah saya gaduh dengan Daiyan Trisha waktu sedang siapkan lirik lagu Jangan Lupa Jaga Dirimu. Dulu saya semak tatabahasa dengan guru Bahasa Melayu, tapi baru-baru ini saya pun mula pakai AI untuk pastikan tidak ada kesalahan dalam lirik.

“Bila AI kata ada satu ayat yang kurang tepat, Daiyan terus tanya, ‘Kenapa tanya AI?’ Dari nada WhatsApp dia, sah dia memang tidak suka penggunaan AI. Rasanya marah sikitlah,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Melihat maklum balas tersebut, mereka bersepakat merujuk ibu kepada Daiyan Trisha bagi mendapatkan pandangan mengenai perkara berkenaan.

“Akhirnya, kami rujuk mak dia sebagai hakim terakhir. Dan mak dia sahkan lirik itu sebenarnya betul dalam konteks seni.

“Katanya bahasa seni jangan hanya ikut hukum, kena ikut rasa. Jadi adakah saya yang salah di sini?,” ujarnya.

Untuk rekod, Ezra Kong merupakan seorang penggubah lagu, penulis lirik serta penerbit rakaman Malaysia dan dikenali melalui kerjasamanya bersama penyanyi Hael Husaini.

The post Rasanya Daiyan Trisha marah sedikit saya guna AI – Ezra Kong appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved