“Rasanya Ini Kali Terakhir..” – Anna Jobling Akhirnya Jawab Isu Padam Gambar Meerqeen Lepas Tular Dakwaan Bercium

Entertainment
11 Sep 2023 • 1:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini, pelakon baru Anna Jobling menimbulkan tanda tanya selepas dia memadam semua gambar Meerqeen di Instagram.

Apatah lagi, ketika itu timbul pula dakwaan bahawa aktor terbabit dilihat bercumbu dengan aktres Mimi Lana di sebuah kelab malam.

Menurut laporan Gempak, Anna akhirnya bersuara dan menegaskan bahawa dia kini hanya mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya dan perkara yang belum dicapai dalam hidupnya.

Sebenarnya Anna tak ada komen apa apa pasal apa yang berlaku. Anna sendiri tak tahu details, tak tahu apa yang terjadi. Anna dekat sini jalani penggambaran saja sepanjang masa.

Apabila ditanya tentang tindakannya memadam gambar Meerqeen dan statusnya di X berkaitan isu aktor tersebut, Anna berkata segala perkongsiannya tiada kena mengena dengan orang lain.

Anna rasa macam ini kali terakhir yang Anna akan jawab isu yang melibatkan dia. Bukan tanggungjawab Anna untuk cakap mewakili dirinya. Dia tak ada kena mengena dengan Anna.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved