Rashford sepatutnya sertai Arsenal - Sagna

Football
10 Jun 2024 • 10:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rashford

BEKAS pertahanan Arsenal, Bacary Sagna menyarankan kelab itu untuk menyambar khidmat Marcus Rashford untuk membantu pasukan memenangi banyak kejuaraan musim depan.

Rashford gagal menyerlah di Manchester United apabila hanya meledak lapan gol dalam semua kejohanan sepanjang musim lalu sekali gus menyaksikan dia kehilangan tempat dalam skuad England kendalian Gareth Southgate menjelang Euro 2024.

Arsenal telah dikaitkan dengan Rashford dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas Mikel Arteta mahu menambah sengat di bahagian serangan pasukan.

“Saya ingin melihat Marcus Rashford di Arsenal. Saya fikir jika anda menambah Rashford dalam serangan Arsenal, dengan kepantasan yang dia ada, Arsenal akan memusnahkan pihak lawan.

“Rashford sangat berbakat dan pantas akan menjadi prospek yang menakutkan bagi pasukan saingan Arsenal.

"Saya fikir kehadiran Rashford akan membolehkan Arsenal mempunyai lebih banyak variasi dalam serangan.

"Saya juga suka melihat Gabriel Jesus dan Marcus Rashford dalam pasukan yang sama yang akan membentuk serangan luar biasa," kata Sagna.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved