Rashifa akui DUN Puteri Wangsa kerusi panas, yakin mampu pertahan

LocalPolitics
20 Jun 2026 • 3:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rashifa akui DUN Puteri Wangsa kerusi panas, yakin mampu pertahan
Rashifa Aljunied

JOHOR BAHRU – Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Rashifa Aljunied bersedia berdepan saingan sengit termasuk kemungkinan pertandingan empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Rashifa, 26, yang juga Ahli Jawatankuasa Muda Pusat berkata, beliau menyedari kerusi berkenaan merupakan antara kerusi panasdan dijangka menjadi rebutan beberapa parti politik utama.

“Puteri Wangsa ini mungkin 'hot seat' bagi parti politik lain. Tapi saya lebih fokus kepada apa yang saya dengar dan lihat sendiri sepanjang berada di kawasan ini selama empat tahun.

“Saya tidak terlalu memikirkan berapa penjuru atau parti mana yang bertanding. Saya bersedia,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Calon Muda di Taman Daya, pada Sabtu.

Menurutnya, keutamaan beliau adalah untuk membawa suara kira-kira 270,000 penduduk kawasan itu sekiranya diberi mandat, khususnya dalam menangani isu setempat seperti banjir yang kerap berlaku.

Beliau berkata antara isu utama yang membelenggu penduduk termasuk masalah banjir walaupun ketika bukan musim air pasang, yang dikaitkan dengan projek tebatan Sungai Tebrau.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved