
Beliau kini sedang pulih di luar negara dan bakal pulang tidak lama lagi.
[RASMI] Astana Sarawak Keluar Kenyataan, TYT Sarawak Kini Beransur Pulih. Telah tular penerbitan poster hitam putih yang menunjukkan nama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud baru-baru ini.
Kongsian tersebut telah menarik perhatian ramai hingga mendatangkan isu terhadap keluarga TYT Sarawak.

Poster yang tular tersebut adalah palsu
Menerusi satu kenyataan daripada Astana Negeri Sarawak hari ini berkata, kesihatan Tun telah membaik dan dengan izin Tuhan serta nasihat doktor, beliau akan pulang ke rumah tidak lama lagi.
Astana mengharapkan agar rakyat Sarawak bersabar dan tidak mudah terpengaruh oleh berita yang tidak disahkan.

Kami telah mendapat maklumat bahawa terdapat ahli masyarakat yang terus memberi tumpuan kepada keadaan kesihatan Ketua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud walaupun jaminan telah diberikan oleh Astana dan Pejabat Perdana Menteri Sarawak bahawa beliau kini sedang pulih di luar negara.
Kami berharap rakyat akan bersabar dan tidak mudah terpedaya dengan berita dan spekulasi yang tidak disahkan mengenai keadaan kesihatan Tun pada masa ini.
Terima kasih.”

Poster yang menampilkan imej Yang Dipertua Negeri Sarawak beserta logo Astro Awani dan kapsyen Al-Fatihah beserta tahun kelahiran beliau, telah menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial.
Teruskan berdoa untuk pemulihan beliau dan mari kita berharap untuk masa depan yang lebih baik.




