Rasmi, Nafuzi Zain Terajui Kedah FC

6 Dec 2022 • 10:39 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jurulatih Nafuzi Zain bakal menerajui pasukan Kedah Darul Aman FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Perkara itu disahkan oleh skuad Sang Kenari di laman Facebook rasmi Kedah Darul Aman FC dengan memberikan sambutan hangat berserta poster Nafuzi.

“Nafuzi kini Hijau Kuning! Selamat pulang, era baru bermula.

“Berjuanglah sejiwa murni!” kata kapsyen itu.

image is not available
Sumber: FB Kedah Darul Aman FC

Dalam pada itu, pasukan Kedah juga membuat video ‘teaser’ menampilkan Nafuzi yang memakai jaket KDAFC dengan memberi klu bahawa beliau merupakan jurulatih baharu yang di ambil oleh kelab itu.

Berita itu sekali gus mematikan segala teka teki yang meluas apabila desas desus mengatakan Nafuzi disebut-sebut bakal membimbing Kedah pada November lalu.

Untuk rekod, Nafuzi merupakan bekas jurulatih pasukan Terengganu FC dan beliau difahamkan telah menolak tawaran untuk membimbing pasukan itu bagi menghadapi saingan musim depan.

Nafuzi kini telah menggantikan Aidil Sharin Sahak yang telah meninggalkan pasukan Kedah susulan kemerosotan yang dialami oleh skuad itu.

Oleh itu, kehadiran Nafuzi pada ketika ini pastinya satu perkhabaran yang dinantikan kerana beliau pernah bersama-sama skuad Kenari ketika era permulaan ‘double treble’ pada musim 2007.

Di Piala Malaysia tahun ini, Kedah gagal mempamerkan aksi terbaik apabila tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir.

Kekalahan itu merupakan kekalahan keenam berturut-turut buat Kedah.

Sumber: Kedah Darul Aman FC/Facebook