Rasmi : Samsung Galaxy Unpacked Pada 26 Julai – Pengenalan Telefon Boleh-Lipat Baharu

TechnologyDigital
6 Jul 2023 • 7:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung hari ini secara rasminya mengumumkan tarikh untuk acara Galaxy Unpacked akan datang mereka, iaitu pada 26 Julai 2023. Melaluinya, Samsung dijangka mengumumkan beberapa peranti baharu, dengan fokus terhadap siri telefon boleh-lipat.

image is not available

Dua telefon boleh-lipat dijangka diumumkan, iaitu dibawah siri keluarga Galaxy Z Fold dan juga Galaxy Z Flip. Disamping itu, terdapat desas-desus menyatakan Samsung turut akan memperkenalkan jam tangan pintar serta tablet baharu pada acara berkenaan. Grafik jemputan dan video promosi sendiri memperlihatkan Samsung akan lebih memfokuskan terhadap penawaran telefon Galaxy Z Flip terbaru.

Selari pengumuman tarikh ini, pihak Samsung Malaysia membuka pendaftaran minat, dan memberikan baucar RM400 untuk mereka yang melakukan pra-tempahan Galaxy baharu akan datang.

Sama-sama kita nantikan pukul 7 malam 26 Julai 2023 kelak untuk melihat penawaran terbaru Samsung ini melalui Galaxy Unpacked.