Samsung mengesahkan acara Galaxy Unpacked yang seterusnya akan berlangsung pada 23 Januari 2025. Acara yang bakal menampilkan siri Galaxy S baharu ini sekali lagi memberi tumpuan kepada penawaran teknologi kecerdasan buatan (AI) lebih canggih. Seterusnya berpotensi untuk mengubah cara kita bekerja dan berinteraksi dengan lebih baik. Ia akan disiarkan secara langsung di laman web dan YouTube rasmi Samsung bagi membolehkan ia ditonton oleh orang ramai dari mana-mana sahaja apabila siri Galaxy S baharu berkenaan dilancarkan kelak.

Pada acara yang sama Samsung turut dijangka akan memperkenalkan kaca mata pintar realiti terimbuh pertama mereka. Ia mungkin adalah hasil kerjasama bersama Qualcomm dan Google yang mungkin akan menggunakan cip baharu dan Android XR. Selain itu mungkin diikuti dengan Galaxy Ring 2 yang diperkatakan baru-baru ini. Nantikan dan pastikan anda terus mengikuti perkembangan terkini dengan melayari dari masa ke semasa untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti baharu Samsung ini.


