Rasmi : Sega Tawar Untuk Membeli Rovio Pada Nilai RM3.4 Bilion

TechnologyGamingDigital
18 Apr 2023 • 12:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sega, syarikat permainan terkemuka berpusat di Jepun kini secara rasminya mengumumkan ingin berhasrat untuk mengambil-alih Rovio pada nilai 706 Euro, iaitu sekitar RM3.4 bilion mengikut kadar tukaran semasa.

Rovio merupakan syarikat disebalik permainan popular Angry Birds, dan beberapa permainan lain. Ia dianggarkan permainan terbitan Rovio sahaja telah dimuat-turun lebih 5 bilion kali setakat ini, disamping permainan Angry Birds yang telah dilesenkan kepada pelbagai bentuk produk lain.

Sega dijangka mengambil-alih Rovio, dan menggunakan kepakaran dalam terus memperluaskan penawaran dalam arena permainan mudah-alih (permua).

Dengan penawaran pihak Sega ini, kini ia dinantikan pengesahan daripada para pemegang saham Rovio, sebelum ia turut melalui proses pengesahan oleh pihak berkuasa tempatan.