Rasmi – Siri Samsung Galaxy S24 Akan Dilancarkan pada 18 Januari

TechnologyDigital
3 Jan 2024 • 7:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung mengesahkan acara Galaxy Unpacked mereka yang seterusnya akan berlangsung di San Jose pada 18 Januari ini waktu Malaysia. Pada acara ini siri Samsung Galaxy S24 akan dilancarkan secara rasmi selepas beberapa maklumat mengenai peranti mercu ini tertiris ke arena web sejak beberapa minggu yang lalu.

image is not available

Selain melancarkan siri Galaxy S24, Samsung dipercayai akan berkongsi secara lebih terperinci mengenai kemampuan Galaxy AI yang telah diacah sejak Oktober. Beberapa maklumat yang tertiris mengesahkan siri Galaxy S24 akan menjadi “peranti AI” pertama keluaran Samsung dengan beberapa ciri kecerdasan buatan generatif diberikan secara terbina.

Tahun lalu Samsung Galaxy S23 Ultra kami nobatkan sebagai telefon pintar mercu kedua terbaik 2023. Dengan pelbagai penambahbaikan serta peningkatan pada spesifikasi, adalah siri Galaxy S24 akan mampu merampas semula takhta peranti terbaik mercu tahun ini daripada Xiaomi? Kita mempunyai dua belas bulan untuk mendapatkan jawapan ini.