Raspberry Pi 5 Diperkenalkan Dengan Pemproses Dan GPU Lebih Berkuasa

TechnologyDigital
29 Sep 2023 • 2:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas lebih empat tahun sejak Raspberry Pi 4 dilancarkan, semalam Raspberry Pi 5 telah diumumkan sebelum jualan dibuka pada penghujung Oktober. Pada versi terkini pemproses baharu BCM2712 yang dilengkapi empat teras CPU Cortex-A76 yang menggunakan teknologi 16nm. Ini dipandkan pula dengan GPU VideoCore V. Dengan ini Raspberry Pi 5 mempunyai lebih banyak kuasa tetapi pada waktu yang sama kurang menggunakan tenaga.

image is not available

Sistem RAM juga kini menyokong LDDR4X yang lebih pantas. Cip baharu rekaan sendiri RP1 turut digunakan sebagai pengawal I/O. Ini membolehkan Pi 5 dilengkapi 2X USB 3.0 , 2x USB 2.0, ethernet gigabit, sokongan kamera, PCI Express 2.0 empat lorong dan sokongan dua paparkan 4K 60FPS. Selain menjual papan PCB Raspberrry Pi 5, beberapa aksesori seperti sistem penyejuk, kerangka plastik, papan anak untuk aksesori M.2 dan banyak lagi.

image is not available

Selain ini sistem operasi baharu Raspberry Pi 5 akan turut dilancarkan pada Oktober depan. Raspberry Pi 5 dijual pada harga $60 (~RM281) untuk versi 4GB dan $80 (~RM375) untuk versi 8GB.

View Original Article