Rasuah: CDO ditahan SPRM

LocalPolitics
26 Apr 2025 • 9:41 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan menahan reman seorang Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM40,000.

Pegawai yang bertugas di salah satu Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini itu disyaki menerima wang tersebut daripada beberapa individu dan kontraktor melibatkan projek pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya.

Perintah reman tujuh hari sehingga 1 Mei terhadap suspek lelaki berusia 50an itu dikeluarkan Hakim Zaini Fishir selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah menerima wang rasuah sekitar RM40,000 sejak 2022 sehingga 2025 sebagai dorongan memberikan projek permbinaan rumah berkenaan kepada beberapa individu dan kontraktor.

Susulan itu, suspek ditahan sekitar jam 2 petang Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk Karunanithy Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved