Rasuah: Dua penjawat awam dipenjara, denda RM20,000

29 Feb 2024 • 2:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dua penjawat awam, masing-masing, dipenjara enam bulan dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini atas dua tuduhan rasuah.

Tonny Ramlee, 43, Mohamad Nazri Rabani, 41, didapati bersalah oleh Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga atas dua pertuduhan dikenakan ke atas mereka.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara kepada Tonny dan Nazri bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah mendapati Tonny dan Nazri, masing-masing sebagai penolong penguatkuasa gred KP22 dan 19 di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Beaufort, bersalah atas tuduhan rasuah dengan bersetuju menerima suapan wang tunai RM600 daripada pemilik kedai serbaneka sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemilik, yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Perintah Kawalan Harga 1993.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Kedua-duanya juga didapati bersalah atas pertuduhan kedua meminta wang RM600 daripada individu sama dan untuk tujuan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Jack Trading di Lo Chung Park, Beaufort antara jam 12.25 tengah hari dan 12.50 tengah hari pada 14 Julai, 2017.

Pertuduhan pertama di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua termaktub di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan juga boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama.

Mahkamah memerintahkan Tonny dan Nazri menjalani hukuman penjara secara serentak.

Bagaimanapun, kedua-dua Tonny dan Nazri berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah ketika membenarkan permohonan penangguhan itu memerintahkan hukuman denda dibayar selewat-lewatnya pada Rabu.

Tiga belas saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkarnain Rousan Hasbi melakukan pendakwaan, manakala peguam Mohamad Amirul Amin mewakili kedua-dua Tonny dan Nazri.

Nazri membayar dendanya tetapi Tonny gagal.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.