Rasuah, ketirisan cukai RM400 juta: 5 kakitangan Kastam ditahan SPRM

11 Mar 2024 • 10:24 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan lima kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor yang disyaki menerima rasuah bernilai RM8 juta.

Ketika dihubungi Scoop, sumber SPRM memberitahu, ia melibatkan dakwaan melepaskan barang iaitu barang yang tidak diperiksa dan pengurangan cukai melibatkan nilai ketirisan berjumlah RM400 juta.

Menurut beliau, selain itu dalam operasi yang dijalankan malam ini, SPRM turut menahan tiga orang awam bagi membantu siasatan.

“Akan ada lagi tangkapan selepas ini. Kita giat buru pegawai Kastam yang disyaki terlibat sama.

“Mereka disyaki menerima rasuah RM8 juta dengan jumlah ketirisan cukai sebanyak RM400 juta,” katanya.

Beliau menambah, tiga orang awam yang ditahan itu melibatkan pemilik sebuah syarikat dan ejen penghantaran. - 11 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved