Rasuah: Ketua sindiket judi dalam talian haram didenda

LocalPolitics
23 Aug 2024 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Ketua Kumpulan Sabah97 yang menjalankan kegiatan sindiket judi dalam talian dan nombor ekor haram didenda berjumlah RM6,600 atas empat pertuduhan gagal melaporkan perlakuan suapan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan tiga anggota polis untuk melindungi aktiviti haram tersebut.

Tai Nyuk Kong, 45, mengaku bersalah di hadapan Hakim Jason Juga, terhadap semua pertuduhan dihadapinya.

Bagi pertuduhan pertama, dia didenda RM1,200 atau dua bulan penjara kerana gagal melaporkan aktiviti rasuah kepada SPRM atau polis berkaitan suapan RM200 kepada anggota polis berpangkat Sarjan melalui pekerjanya sebagai balasan untuk tidak menggangu aktiviti penjualan tiket judi haram di sekitar daerah.

Bagi pertuduhan kedua, Tai diperintah membayar lagi RM1,200 atau penjara dua bulan kerana melakukan kesalahan sama membabitkan suapan RM200 kepada lans koperal polis bagi tujuan sama untuk tidak mengganggu penjualan tiket 4D haram di Kawasan Ladang Imam Sime Darby, di sini.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Bagi pertuduhan ketiga, dia didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan kerana gagal melaporkan kegiatan rasuah membabitkan rasuah RM500 kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar bagi tujuan sama untuk tidak mengganggu aktiviti haram di kawasan daerah itu.

Bagi pertuduhan keempat, Tai didenda RM1,200 lagi atau penjara dua bulan atas kesalahan sama membabitkan RM200 kepada polis Lans Koperal bagi tujuan sama untuk tidak mengganggu aktiviti haram di kawasan daerah itu.

Semasa mitigasi, Tau yang tidak diwakili merayu hukuman ringan dengan berkata dia kini hanya menjual tauhu dan taugeh kerana tidak lagi menjalankan perniagaan haram itu.

Dia memaklumkan mahkamah bahawa dia mempunyai lima anak dan seorang ibu yang sakit untuk dijaga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee yang dibantu Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom menggesa mahkamah mengenakan hukuman setimpal.

Berdasarkan fakta kes, Tai selaku ketua Kumpulan Sabah97 didapati merasuah pegawai polis di sekitar Tawau supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan haram membabitkan sindiket perjudian dalam talian dan nombor 4D haram miliknya pada 2020 hingga 2021.

Tai kemudian mengarahkan dua pekerjanya membayar rasuah kepada anggota polis bagi melindungi kegiatan perjudian tanpa lesen yang dilakukannya di kawasan Kalabakan dan Bombalai supaya polis tidak menahan ejennya yang menjual tiket di situ.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.