Rasuah makin teruk! Pemimpin perlu telus, henti budaya negatif – Menteri Agama

LocalPolitics
19 Nov 2025 • 3:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menegaskan rasuah dalam kalangan pemimpin dan agensi agama semakin serius dan perlu dihentikan segera.

Beliau berkata keadaan itu menghakis kepercayaan masyarakat terhadap institusi agama walaupun pelbagai tindakan pencegahan telah dilaksanakan sebelum ini.

“Kadang-kadang kita tengok orang yang mungkin bukan dalam kalangan beragama tetapi sangat particular, menjaga agar tidak mengambil rasuah kerana tahu kesan rasuah ini besar.
“Sebab itulah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah yang jelas untuk memastikan supaya amalan rasuah dihentikan,” katanya.

image is not available
Rasuah makin teruk! Menteri Agama gesa pemimpin henti budaya ‘ambil peluang’

Menurutnya, pemimpin agama perlu menunjukkan teladan melalui tindakan dan bukan sekadar memberi nasihat.

“Pemimpin perlu mengotakan apa yang dia hendak didik kepada masyarakat. Ia perlu bermula daripada pemimpin itu sendiri.
“Kalau pemimpin tidak mengamalkan, tidak menerima, tidak memberi rasuah sudah tentu mudah untuk dia mendidik,” katanya.

Mohd Na’im berkata pemimpin mempunyai pengaruh besar terhadap orang bawahan dan integriti mereka akan menentukan keberkesanan usaha membanteras rasuah.

Beliau turut menegaskan peranan agensi agama seperti Jakim yang bertanggungjawab memberi pendidikan berterusan mengenai larangan rasuah berdasarkan al-Quran dan hadis, selain memastikan masyarakat memahami kesan perbuatan itu terhadap imej Islam.

Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG) Datuk Seri Akhbar Satar berkata kajian Transparency International 2020 menunjukkan 48 peratus pemimpin agama terlibat dalam rasuah.

image is not available

Beliau berkata kajian Global Corruption Barometer Asia 2020 turut merekodkan penglibatan ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan anggota polis dalam gejala sama.

Menurutnya, rasuah bukan berpunca daripada pendapatan rendah tetapi daripada keinginan hidup mewah.

Akhbar berkata kelemahan integriti dalam pengurusan wang zakat dan masjid masih berlaku dan memerlukan pemantauan lebih ketat.

“Ini semua atas ketua. Jadi ketua bukan untuk popular. Walaupun mungkin dibenci tapi satu hari, orang akan ingat kita,” katanya.

Beliau menyarankan strategi pencegahan jangka panjang melalui pendidikan akhlak dan integriti sejak usia muda bagi memastikan usaha membendung rasuah lebih berkesan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved