
Kota Kinabalu: Seorang penjawat awam dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda berjumlah RM72,000 atas 30 pertuduhan berkaitan rasuah membabitkan sejumlah RM36,300.
Mahriyatty Ag. Bahrin, 45, menukar pengakuannya di tengah-tengah perbicaraan dan mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dihadapinya pada Rabu.
AdvertisementDia membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Jason Juga.
Pihak pendakwaan telah memanggil 26 saksi sebelum Mahriyatty memutuskan untuk menulis surat representasi melalui peguamnya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari serta denda antara RM800 hingga RM6,000 bagi setiap pertuduhan.
Hukuman penjara itu diperintahkan berjalan secara serentak.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kesemua 30 pertuduhan itu dilakukan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana memperoleh wang antara RM500 hingga RM3,000 daripada individu yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.
Pertuduhan terhadap Mahriyatty antaranya menyatakan bahawa dia meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan serta mengemukakan tuntutan palsu berkaitan sijil CIDB, sijil Status Bumiputera (STB) dan sijil kontraktor bagi beberapa syarikat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mahriyatty melakukan kesalahan tersebut pada 2019 dan 2021 di Sipitang, Karamunsing dan di pejabat Pusat Perkhidmatan Kontraktor Sabah di sini.
Peguam Zahir Shah mewakili Mahriyatty yang telah membayar denda tersebut.

