Rasuah: Penolong Pengarah Kastam kena setahun, denda 

LocalPolitics
14 Mar 2025 • 1:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang Penolong Pengarah Kastam dijatuhi hukuman penjara satu tahun dan denda RM15,000 atau dua bulan penjara selepas didapati bersalah meminta rasuah sebanyak RM3,000 tujuh tahun lalu.

Ab Kassim AB Kais, 56, yang bertugas di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Tawau, menerima hukuman itu daripada Hakim Mahkamah Sesyen, Jason Juga, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Ab Kassim.

Penjawat awam itu didapati bersalah di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mahkamah membenarkan permohonan Ab Kassim untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, namun denda perlu dibayar pada hari sabitannya, iaitu pada Rabu.

Ab Kassim bertugas sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Tawau ketika insiden, didakwa meminta suapan sebanyak RM3,000 daripada seorang individu, Chua Soon Heng.

Kesalahan itu berlaku pada 8 Ogos 2018, di bilik Ketua Cawangan Kastam, Wisma Kastam, Jalan Dunlop, Tawau, sebagai dorongan untuk melepaskan sebuah bot dan enjin milik Chua yang ditahan oleh Kastam kerana didakwa gagal mengisytiharkan enjin bot terbabit.

Ab Kassim diperintahkan untuk membela diri pada 21 Okt 2024 selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzati Sapifee, manakala Ab Kassim diwakili peguam Dominic Chew.