Rasuah: Pesara didenda RM12,000

18 Jul 2023 • 4:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang pesara penjawat awam berusia 64 tahun didenda RM12,000 atau penjara lima bulan kerana menerima rasuah RM10,000 daripada seorang lelaki.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga menjatuhkan hukuman itu kepada Yeo Bon Ching yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya pada Isnin.

Yeo telah menerima wang itu daripada Muhammad Hasri Lim Abdullah pada 11.30 pagi 15 April 2019 di tempat letak kereta di Wisma Tun Fuad Stephen, di sini.

Pertuduhan menyatakan Yeo selaku Penolong Pegawai di Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri menerima wang itu daripada Muhammad Hasri yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya di jabatan berkenaan.

SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Yeo didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penjawat awam menerima apa-apa benda berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena mengena dalam apa-apa pembicaraan atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu.

Semasa rayuan, Yeo yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.