
Kota Kinabalu: Seorang penjawat awam berusia 45 tahun, yang dibebaskan daripada 30 pertuduhan amalan rasuah, pada Isnin diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk membela diri atas semua pertuduhan itu.
Hakim Datuk Ravinthran Paramaguru, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan mahkamah rendah untuk melepaskann dan membebaskan responden Mohd Syamsul Jikan tanpa memanggil pembelaannya.
Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah mewujudkan kes prima facie dengan jelas.
Mahkamah memerintahkan Syamsul membela diri dan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi untuk tidak memanggil pembelaannya serta membebaskannya.
SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more Mahkamah menetapkan 24 Julai depan untuk kehadiran Syamsul di Mahkamah Sesyen untuk pengurusan kes dan arahan ikat jamin oleh hakim Mahkamah Sesyen.
Syamsul dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 30 Sept 2019 tanpa memintanya membela diri. Pihak pendakwaan telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Tinggi pada 6 Dis 2021 menolak rayuan mereka dan mengesahkan perintah pelepasan dan pembebasan oleh Mahkamah Sesyen.
30 pertuduhan terhadap Syamsul mendakwa Syamsul, pembantu Anti Dadah Gred S22, menggunakan jawatannya sebagai penjaga stor di Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) di Papar untuk menerima suapan peribadi dengan mengemukakan sebut harga Emmy Enterprise, agar syarikatnya akan dilantik sebagai pembekal pejabat bagi pusat tersebut.
Pertuduhan menyatakan Syamsul didakwa menjadi pembekal CCRC untuk membekalkan pusat itu dengan pelbagai barangan antara lain alat tulis pejabat, pakaian, gas memasak dan perkhidmatan sewa khemah.
Dia didakwa mengemukakan sebut harga Syarikat Emmy Stationery yang dilaporkan dmiliknya dan syarikat itu dipilih sebagai pembekal pelbagai barangan untuk CCRC.
Kesalahan itu didakwa berlaku di pejabat CCRC di Jalan Papar-Beaufort, Papar antara Januari dan Oktober 2015.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah terbabit atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal @ Zainol hadir untuk pendakwaan sebagai perayu manakala Peguam Hamid Ismail mewakili Syamsul.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


