“Ratu Antivaksin” – KKM Saran Rakyat Ambil Dos Penggalak, Rita Rudaini Bersedia Dikecam Netizen

Entertainment
30 Dec 2022 • 11:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Rita Rudaini berkata dia kini sudah bersedia untuk digelar ratu antivaksin sekali lagi setelah Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 gara-gara peningkatan kes itu di negara China baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Rita menerusi beberapa hantaran di Instagram Story semalam.

Habislah nama saya kena kecam balik. Konfirm nama saya diseru macam dua tahun lepas sebagai ratu ‘antivaksin’.

Kata Rita, netizen pasti akan datang menyerang dan mengecamnya selain menganggap zaman dirinya ‘bersuara’ mengenai isu vaksin ini sudah tamat.

image is not available

 

image is not available

 

image is not available

Zaman saya berjuang dah tamat, sekarang zaman saya jadi penonton tengok mereka yang dah vaksin bertarung untuk tidak di vaksin lagi.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menyarankan rakyat untuk mengambil dos penggalak sebagai langkah awal susulan perkembangan kes COVID-19 yang meningkat di China.

Rita sebelum ini menjadi kecaman berikutan tindakannya menolak pengambilan vaksin sehingga tidak dibenarkan untuk berlakon di sesetengah produksi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 jam lalu

(VIDEO) "Beza Sungguh Sekarang" - Pakai Baju Ketat, Penampilan Zahida Rafik Di TikTok Jadi Tumpuan Netizen