Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun, umum Istana Buckingham

9 Sep 2022 • 7:57 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LONDON: Raja Britain paling lama berkhidmat, Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun, umum Istana Buckingham pada Khamis.

“Ratu mangkat di Balmoral petang ini. Jasad baginda akan dibawa ke London esok,” menurut pihak istana, lapor Agensi Anadolu.

Baginda mempunyai masalah kesihatan sejak 12 bulan lalu atas faktor usia dan terpaksa membatalkan untuk menghadiri acara rasmi atas nasihat doktor.

Kali terakhir baginda menghadiri acara rasmi ialah semasa sambutan Jubli Platinum pemerintahan baginda ke-70 Jun lalu.

Terdahulu pada tengah hari Khamis satu kenyataan dikeluarkan yang menyatakan Ratu Elizabeth II berada di bawah “penyeliaan perubatan” di Balmoral, Aberdeenshire, Scotland.-Bernama