Ratu Farah ‘Perform’ Di MeleTop, Netizen Kritik & Ketawakan – “Muka AC Dengan Sherry Macam Tahan Gelak Je”

Entertainment
8 Feb 2023 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gemar memuat naik video tetapi apa sahaja yang dilakukan individu bernama Ratu Farah ini pasti akan mencuri perhatian dan menjadi bualan netizen di TikTok.

Sebelum ini, Ratu dikritik ramai warganet gara-gara pelbagai isu termasuklah kerana mencarut tak tentu pasal, berpakaian ketat dan sesetengah netizen kurang gemar melihatnya menari mahu pun menyanyi.

image is not available 4 minggu lalu

Ratu Farah Diva Menari Dalam Kedai Makan, Netizen Yang Rasa Segan - "Malunya Dengan Pakcik Makcik Kat Situ"

Terbaru, Ratu mengejutkan ramai orang apabila dia membuat kemunculan dalam program MeleTop yang disiarkan secara langsung di Astro malam tadi.

Menerusi klip pendek yang dimuat naik olehnya, Ratu yang memakai skirt bersama t-shirt dan topi hitam itu membuat pesembahan nyanyian sambil menari.

Rata-rata netizen yang menonton klip tersebut menegur reaksi selebriti yang berada di belakang Ratu ketika dia membuat persembahan tersebut.

Boleh dilihat wajah AC Mizal, Sherry Alhadad dan Afiq Shazwan seperti menahan diri daripada ketawa dan tidak boleh ‘brain’ dengan nyanyian Ratu.

image is not available

Ada yang turut persoal bagaimana individu sepertinya boleh dijemput dalam program sebegitu dan sama ada Ratu sedar atau tidak dia sebenarnya menjadi bahan ketawa.

image is not availableimage is not available