Ratu Fesyen Punk, Vivienne Westwood Pulang Ke Negara Abadi

Women's Fashion
30 Dec 2022 • 8:18 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Vivienne Westwood telah meninggal pada usia 81 tahun - Gambar AFP

Ratu fesyen Britain, Vivienne Westwood telah meninggal dunia. Pereka yang bijak memadukan muzik dan gaya serta sering membawa pesan politik di pentas peragaan ini meninggal dunia semalam pada usia 81 tahun.

Westwood sering menjadikan provokasi sebagai seni, dari busana kulit bondage yang popular pada tahun 1970-an hingga ke Istana Buckingham untuk menerima gelaran 'Dame' tanpa bercelana dalam.

"Vivienne Westwood meninggal dunia hari ini dengan tenang dan dikelilingi keluarganya di Clapham, London Selatan. Dunia memerlukan orang seperti Viviene untuk melakukan perubahan yang berkesan," tulis sebuah ciapan di akaun jenama fesyennya.

Dalam sebuah kenyataan, suami dan rakan kreatif Westwood, Andreas Kronthaler berkata, "Kami bekerja bersama sehingga hujung hayatnya dan banyak yang dia tinggalkan untuk saya kerjakan. Terima kasih, sayang." - AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved