'Ratu Naga tidak ditahan' - Azam Baki

16 Feb 2024 • 4:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ratu Naga tidak ditahan sebaliknya dipanggil untuk memberi keterangan oleh SPRM pada Jumaat. - Foto FB Ratu Naga

KUALA LUMPUR - Penyedia kandungan media sosial Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga, tidak ditahan sebaliknya dipanggil untuk memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, aktivis politik itu disiasat berhubung dakwaan wanita itu menerima beberapa peratus hasil kutipan sumbangan yang diberikan kepada sebuah badan bukan kerajaan.

"Saya mengesahkan dia dipanggil untuk memberi keterangan dan kita turut membuat pemeriksaan di premisnya.

"Setakat ini, dia masih memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya dan belum ditahan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beberapa media sebelum ini melaporkan peguam Ratu Naga mendakwa wanita itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan lima pegawai SPRM di rumahnya di Jalan Klang Lama di sini pada kira-kira 9 pagi Jumaat. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved