Ratu Suthida cipta sejarah pandu jet pejuang

8 Oct 2026 • 5:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ratu Suthida cipta sejarah pandu jet pejuang

SURAT THANI – Ratu Thailand, Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana membuktikan baginda berada dalam kelas tersendiri apabila melakar sejarah dunia menjadi ratu pemerintah pertama yang berjaya menerbangkan jet pejuang supersonik secara solo.

Peristiwa bersejarah berlaku hari ini di Pangkalan Udara Wing 7, Daerah Phun Phin, Wilayah Surat Thani.

Lebih manis lagi, penerbangan latihan solo menggunakan jet pejuang solo jenis Saab JAS 39C Gripen itu disaksikan sendiri oleh Raja Maha Vajiralongkorn (Rama X).

Raja Rama X yang membuat lawatan peribadi ke pangkalan udara berkenaan dilihat berada di lokasi sejak pemeriksaan pra-penerbangan sehinggalah pesawat yang dikemudikan oleh Ratu Suthida selesai menerbangkan pesawat.

Sejurus melangkah keluar daripada kokpit jet pejuang berkenaan, Raja Rama X telah menitahkan menghadiahkan sejambak bunga sebelum menyematkan lencana berprestij “Gripen Order Golden Patch” pada sut penerbangan Ratu Suthida.

Baginda yang kini berusia 48 tahun telah melalui dua fasa latihan intensif dan ketat mengikut piawaian standard Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF).

Fasa pertama latihan simulator dan taktikal baginda bermula dari 20 Ogos hingga 4 September lalu, manakala fasa kedua pula bersambung dari 25 September sehingga hari penerbangan bersejarah tersebut.

Sebelum menerbangkan pesawat secara solo, Ratu Suthida juga sudah merekodkan lebih 10 jam masa penerbangan menggunakan jet pejuang dua tempat duduk, JAS 39D Gripen.

Untuk rekod, Ratu Suthida sememangnya seorang juruterbang bertauliah dan memiliki Lesen Juruterbang Pengangkutan Awam (ATPL) dengan jumlah rekod penerbangan keseluruhan mencecah 1,188.48 jam.

Baginda sebelum ini kerap bertindak sebagai pembantu juruterbang (co-pilot) bersama Raja Rama X ketika mengendalikan pesawat komersial Diraja Boeing 737-400 dan Boeing 737-800 bagi lawatan rasmi negara ke luar negara, termasuk lawatan ke Bhutan dan Vietnam. – Agensi

The post Ratu Suthida cipta sejarah pandu jet pejuang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved